Sabtu, 29 September 2012

KANDUNGAN CATUABA


1. Bahan utama adalah Kulit Catuaba yang dimesin halus.

2. Bahan lain, Saw Palmetto, Cordyceps dan Biji Labu.


SAW PALMETTO adalah herba luar biasa bagi kaum lelaki. Ia digunakan oleh pengamal perubatan semulajadi untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti keradangan buah zakar, radang saluran kencing, batuk dan kesesakan nafas. Ia juga digunakan untuk mengukuhkan kelenjar tiroid, menseimbangkan metabolisme, merangsang selera makan dan membantu penghadaman. Herba yang hebat ini menjadi terkenal kerana penggunaannya dalam penumbuhan rambut, kesihatan prostat, meninggikan tenaga seksual dan dianggap sebagai tonik berkhasiat. Biji Saw Palmetto juga boleh menyegarkan uretra dan juga digunakan untk mempertahankan fungsi sihat kelenjar tiroid dan sistem urinari. Herba ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan atau interaksi ubat.

CORDYCEPS adalah kulat perubatan yang juga dikenali sebagai kulat caterpillar atau Chongcao. Kulat ini mempunyai banyak ciri-ciri perubatan tetapi salah satu cirinya masih belum dimanfaatkan ialah kesan positifnya terhadap hati. Kepada mereka yang menghidapi penyakit hati, perubatan alternatif kini ditawarkan untuk membaiki hati yang rosak. Kajian yang dijalankan ke atas pesakit hepatitis menunjukkan bahawa keadaan mereka bertambah baik selepas mengambil cordyceps terutamanya di bahagian hati. Kajian yang sama menunjukkan bahawa cordyceps juga mencetuskan kesan terbalik liver fibrosis hati. Cordyceps juga sejenis antioksidan, ia adalah alternatif yang sesuai bagi makanan tambahan untuk kesihatan hati, buah pinggang serta paru-paru.

BIJI LABU dapat memberi banyak manfaat yang ketara terhadap badan manusia yang telah ditemui sejak zaman purba oleh puak-puak Amerika Utara. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, zat galian, serat, lemak dan protein yang penting dalam meningkatkan kesihatan badan. Fungsi-fungsi utama biji labu termasuk boleh merendahkan tekanan darah, lipid, antioksidan, mengurangkan keadaan asma, mencegah artritis, penyakit prostat dan lain-lain lagi.

Dengan campuran bahan-bahan yang tersebut diatas, ianya merupakan penemuan paling menakjubkan bukan sahaja untuk menguatkan tenaga batin malah menjadi ubat yang paling mujarab untuk penyakit-penyakit lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan